BENARKAH KUCING TIDAK BOLEH MEMAKAN COKLAT?

01:14




Fb : Amycatz  IG : amycatz_my  #amycatz

Nyum2.. tengok gambar kat atas ni mesti anda dah terbayang-bayang coklat Cadbury, Kit-kat, Nutella, M&Ms, Daim, dan lain2 lagi. Siapa tak suka makan coklat? Dari usia muda ke tua, remaja ke dewasa, wanita mahupun lelaki semua pasti menyukai coklat.


TAPI...BOLEH KE KUCING MAKAN COKLAT?
Jawapannya : TIDAK BOLEH

Kenapa tidak boleh?
1. Makanan atau minuman berunsurkan coklat mengandungi kafein dan theobromine dan sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak @ overdose ianya boleh menjadi racun kepada kucing. Kucing tidak boleh menguraikan theobromine dalam perut mereka kerana proses penghadaman kucing sangat berbeza dengan manusia.

2. Ape itu Theobromine? Theobromine ni adalah alkaloid yang lazimnya dijumpai dalam coklat. 
3. Peratusan kandungan theobromine adalah berbeza bagi setiap coklat. Tahap tertinggi adalah coklat masakan diikuti oleh coklat susu, coklat putih dan coklat gelap.

TAPI...KENAPA ADA KUCING MAKAN COKLAT?
Tahukah anda bahawa kucing tiada deria manis pada lidah dan bauan coklat menjadi perangsang kucing untuk memakannya.

HABIS TU APE TERJADI SEKIRANYA KUCING MAKAN COKLAT?
1. Sekiranya kucing memakan coklat dalam kuantiti yang banyak, Theobromine ni tadi akan menyebabkan badan kucing kehilangan bendalir dalam badan.
2. Simptom keracunan adalah berbeza mengikut usia kucing. Anak kucing lebih mudah terdedah dengan keracunan coklat.
3. Antara simptom keracunan adalah muntah-muntah (bewarna coklat), cirit-birit, gelisah tak tentu arah dan kerap membuang air kencing
4. Keracunan tahap tinggi akan menyebabkan kucing anda sawan, kekejangan otot dan boleh membawa kepada kematian.

APA YANG SAYA PERLU BUAT SEKIRANYA KUCING SAYA MAKAN COKLAT?
Segera bawa kucing anda ke vet yang berdekatan untuk diperiksa dengan teliti!!!
TIADA PENAWAR untuk keracunan Theobromine yang teruk ye.

APE NASIHAT YANG AMYCATZ SARANKAN?
1. Siapa nak kucing dia sakit atau mati kan. Jangan sesekali memberikan kucing anda sebarang makanan atau minuman berunsurkan coklat walaupun anda ingin merasakan seperti "treats" untuk mereka.
2. Deria kucing ni sangat kuat dan kucing tahu di mana anda sembunyikan coklat. Oleh itu, sembunyikan makanan dengan minuman coklat tu ditempat yang selamat. 
3. Sekiranya anda inginkan hubungan yang lebih rapat dengan kucing atau ingin memberikan layanan istimewa, belikan "treats" anda seperti produk CIAO dari Jepun.
4. CIAO ni macam coki-coki untuk kucing tetapi ianya dibuat dengan pelbagai perisa tuna dan ayam. Amycatz pasti 100% kucing amat suka dengan coki-coki CIAO ni. Produk Jepun terbaik!! Amycatz, because CATS are PURRfect.
Ada 7 perisa CIAO ni. Semua abam Oreo suka. Sekali makan 4 sticks terus.


Jom layan tengok abam Oreo ni makan CIAO

*****NO GST*****
==•==•==•==•==•==•==•==•==
+PERCUMA Membership
+PERCUMA Voucher
+PERCUMA 100 Points
+EXTRA Diskaun
==•==•==•==•==•==•==•==•==
Jemput datang ke kedai keperluan kucing anda di
++++> AMYCATZ <++++
(Nearby IKEA & The Curve)
Google Map : Amycatz
Tel : 0183881774
FB : amycatz   IG : amycatz_my   #amycatz
**Dibuka setiap hari 10.30am-10.30pm**
Sure the cheapest catshop in the town!!
Amycatz,because CATS are PURRfect




You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Contact Us

+60183881774

Total Pageviews