BILA KUCING BALIGH NAK MENGAWAN

00:43

Fitrah kejadian hidupan di dunia ini dicipta berpasang-pasangan. Kucing juga tidak terkecuali. Mesti korang nak tau bila kucing berikan 'signal-signal gediks' dorang nak mengawan kan?

1. Kucing ni dah start pandai nak mengawan ataupun dalam bahasa mat salleh kita panggil 'On Heat' dalam umur 7 bulan ke atas bergantung pada jenis baka kucing. Bagi kucing baka berbulu panjang, umur baligh dorang mungkin lambat sedikit.




FB : Amycatz  IG : amycatz_my



2. Kalau korang nak tahu, kucing betina lebih cepat baligh dari kucing jantan. So, nafsu dorang nak mengawan tu lebih cepat.

3. Kucing betina ni kalo dah mula gatal/gedik/miang dorang ni akan kurang makan lepas tu duduk tepi tingkap buat suara-suara 'sexy' manja nak ambil perhatian abam-abam sado kat luar tu. Orang tua-tua kata dah macam perigi cari timba. Masa ni kucing betina ni akan jadi sombong dengan kita. Haha. 



4. Kucing betina akan suka buat posisi 'lordosis' ataupun posisi mating menunggu si jantan. Ingat sexy la duduk macam tu. Wakaka.




5. Ikut pengalaman Amy, kucing kalo tengah 'on-heat' ni meow dia lain macam. Dari tengah malam sampai ke subuh tu dorang boleh melalak non-stop. Menguji kesabaran sungguh. 

6. Rupa-rupanya kucing ni beradegan di tengah malam. Kucing betina akan tergolek-golek selepas dapat mengawan dengan si jantan. Tak percaya, nanti skodeng kucing korang bila mengawan. 



7. Bermula dari malam kejadian, kucing akan pregnant dalam masa 58-65 hari. Cepat kan? Tanda dalam kalender siap2 buat reminder untuk persediaan kucing beranak.



8. Jangan lupa berikan multivitamin/supplement pada ibu kucing yang sedang mengandung seperti Nutri Plus Gel ye. 




Jemput datang ke kedai keperluan kucing anda di
++++> AMYCATZ <++++
(Nearby IKEA & The Curve)
Google Map : Amycatz
Tel : 0183881774
FB : amycatz   IG : amycatz_my   #amycatz
Amycatz,because CATS are PURRfect

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Contact Us

+60183881774

Total Pageviews